Salam
Hari ni dah kembali ke Bangi. Woah woah. Esok plan nak ke Terminal Kajang sebab nak cari tiket untuk CNY. ahahaha. yess! Azam saya memang mahu pulang tiap tiap bulan. I guess, makin dekat dengan family (kakakss) makin kuat pula virus rumah sakit ni.
Tambah-tambah pulak, banking di hujung jari je sekarang. Aci rasa tiba-tiba datang. klik-klik-klik, teng-teng-bunyi-mesej-masuk, dot-dot-dot-bunyi-menaip, lepas tu klik klik lagi. Ambil telefon, text yah tarikh tiket. and yess! im coming home bebeh.
Tadi naik pesawat untuk pulang. Sengaja nak mengelat masuk kerja lewat. Sekali, memanglah Airasia dengan baik hatinya membantu. Boleh pulak delayed 90 minit. Baca mesej tu, dah masuk balai berlepas. Novel satu pun tak bawak. Apa entah untuk kill time nih. Nak on laptop, tengok Criminal minds ataupun apa-apa series, earphone tak bawa. Kalau nak buat muka tegar, on speaker, rasa macam kurang adab pula kan. Even ada yang guna earphone, tapi bunyi sampai ke luar. Kira orang sebelah menyebelah pun still boleh dengar lagu yang dia pasang. Tapi kalau benda yang kita nak buat tu, kalau orang lain buat kita akan marah, turn kita, tak payah lah nak buat. Kan? simple logic. Tak kan kita nak mengutuk diri sendiri pula.
Aiyak, panjang pula lah penerangan.
So, last resort, on laptop siapkan report. Ada lah hikmah flight delay tu. Atleast, bergerak juga draft report. Just nak finalize kan before submit.
Rupanya, plane rosak, then dia combine dengan next flight. so seating kucar kacir. Ye lah, ada yang bertindih. Terus hati berharap dapat seat baru. sebelah tingkap ke kan. Sekali, sama je. Still sebelah aisle. Tak suka. Sebab seat tu bosan. Tak nampak apa-apa selain flight attendant berjalan sini-sana. Tu je. So, kena lah cari sesuatu nak menghabiskan masa untuk satu jam tu. Let see what i did.
(okey ni sengaja menggedik. sebab ixus 750 ada dengan aku. tiba-tiba macam jakun. semua benda nak snap. ahahahahah)
3 sixty Magazine.
Tapi takde lah baca cover to cover. Apa yang terasa menarik je lah. Lepas tu jadi jakun balik. snap apa apa yang rasa menarik. hahahah. Jakun kan?
Ada laaa few things yang best. nak share la ni. kan dah snap gambar tadi. kekeke
Ahahahahahahaha. Kalau mama tahu ni. sure Sapp tak boleh main rugby dah. Habeh laaaa. Masa baca ayat ayat awal tu, ingatkan ada brain tumor ke apa kan. Sebab headache ni salah satu simptom brain tumor gitu kan.
Eh, tiba-tiba teringat satu part dalam sinetron indonesia yang petang-petang pukul 6 dulu. Tajuk apa entah. Suatu hari si girlfriend ni ternampak si boyfriend nya batuk batuk. Lepas tu berdarah. Then dia gi google (ke guna search engine lain) then keluarlah something yang kiranya boyfriend dia tu ada simptom untuk brain tumor. Aku yang tengah makan goreng pisang masa tu terbahak-bahak gelak. Sebab obvious benar page yang dia buka tu Wikipedia!! page ni lah kut. Website wiki kan layout dia sangat mudah dikenali. Nasib baik bukan tengah minum teh o panas. kalau tak, boleh bayang kesakitan tergelak dan tersedak waktu minum air panas. Ouch!
okey, back back back
Ni pun menarik jugak. Jangan search Paws for Peace. Nanti jumpa page kesedaran tentang binatangs with Paws. Yang ni adalah United Buddy Bears. Kiranya, ni adalah replika Bear dengan both paw mengadap keatas dengan motto "promote living together in peace and harmony on their global tour." Ada 104 bears semuanya, each from a country recognize by UN. (Bila neh nak ada Palestin's Bear?). Sekarang bears ni tengah pusing-pusing dunia. Sehingga Februari ni, ada di Pavi. boleh laa pergi melawat, ambil ambil gambar buat kenangan. (ada bunyi macam promoter tak? ada kriteria apply nuffnang. boleh buat side income. nak beli tiket ulang alik kelantan. kekekeke)
Atas tu gambar Bear dari Malaysia. Imuda yang lukis. Ceria ooh warna dia. =D
Dan yang penting, ada ni. Sebagai seorang rakyat Kelantan. rasa kebanggaan saya penuh disitu. kekekekekeek
last one.
View from my seat. Kalau naik flight pagi, then plane tu dok tembus tembus awan, selalu berimiginasi, bajet tengah filiming doraemon. Kan ada dalam satu episod tu, doraemon ada alat lampu pembeku (ke nama apa entah. Nama gajet Doraemon kan selalu telus dan pelik). Yang kalau suluh lampu tu dekat mana mana objek, nanti objek tu jadi beku. Lepas tu Nobita minta Doraemon bekukan awan, sebab dia and the geng nak bermain-main atas awan. So kalau plane tengah melalui awan, boleh laa berimiginasi sedemikian. Agak-agak tengah lalu atas awan. ahahahahhahaha
Ntah pape. Kalau boleh taip report macam taip blog, best benar!
Oh, my attire for today.
Nampak tak apa yang nak difokus kan?
polka dot overload.
Comel ape.
Oh, lepas tu, kan tahun ni tahun Naga (CNY lagi 16 hari) so, adalah slot panjang lebar bercerita pasal Naga. And di negara omputih, Naga ni simbol raksaksa yang menakutkan. Serangan naga ni disaster lah kira nya. Macam dalam Merlin tu. Uther kan takut sangat dengan Naga.
Kilgharrah bukan jahat pun tapi. Sapa suruh Uther buat jahat dulu dekat famili dia.
Dekat Eastern countries, Naga ni kan simbolik kekuatan , spiritual, dan macam macam lah. Macam Mushu dalam Mulan tu. Bukan di China je. Jepun, Korea, Bhutan, Myanmar semua ada and yada yada. Tiba-tiba terfikir, Kan Ultraman asyik lawan dengan raksaksa yang ala-ala naga berdiri bergerak macam robot. Naga Jepun ada dua versi, ke?
Dahlah. Apa apa entah.
Kalau boleh taip report macam taip blog, best benar!
Till then, Ja ne!
Wassalam
p/s: anyone boleh jawab tak, kenapa waktu take off dan landing, kerusi kena tegak dan penghadap tingkap kena buka. any specific reason ke eh?
No comments:
Post a Comment