Wednesday, June 5, 2013

Kebosanan

GE: With the veritable treasure trove of recipes you now possess, which one do you feel best represents you and your life's journey? 
CH: I'd have to go with the oatmeal chocolate chip cookie. It starts out an inedible mass, but after you put some heat under it, it becomes delectably sweet--that's been my journey in life. It's by no means fancy, but it will always put a smile on your face--that's me. Sinfully scrumptious.

Tengah tidak produktif sekarang. Dah lebih sebulan kut melangut je setiap hari datang lab. Bulan lepas sibuk jugak la siapkan laporan untuk permohonan zamalah, untuk FRGS, untuk simposium. Jadi ada hal yang perlu buat. Masuk dua minggu ni, dah tak tahu nak buat apa sebab periuk tengah tak ada. Dah lah keputusan dari MALDI-TOF tak memberangsangkan lansung. terasa nak hantar sampel lagi. minggu depan lah. Baru je merugikan duit seribu lebih. kena ambil masa juga nak pulih dari perasaan kecewa tu.

Hari ni, datang lab dan melangut lagi. Petang ni pula, dok menghadap youtube, tengok Christine Ha dalam Masterchef US siri ke 3.

Dia buta dan dia adalah Masterchef US ke 3.

Dan dia adalah sangat sangat memberi inspirasi.

Sebagai pemenang, salah satu hadiah yang dia dapat adalah buku masakan, dengan resipi terbitannya sendiri.    Buku itu baru sahaja dilancarkan di New York 14 May yang lepas.

Prakata oleh Gordon Ramsey.

Dan ada temubual antara Christine Ha  dan Graham Elliot.

Kata kata yang di petik diatas adalah dari temubual tersebut lah.

ayat dia indah. Terasa nak makan oat sekarang.

No comments: