Dan 'serius' Ain kata;
andaikan jodoh kita tu, sudah dipanggil Ilahi ketika ini, kita akan bersamanya disana nanti.
Tapi 'normal' Ain sambung:
Mungkin jodoh kita para Mujahideen di Syria, yang syahid. Kan ramai anak muda, umur sebaya kita. Dia tengah tunggu kita disana.
p/s: masa tu Isu Syria tengah hebah.
Nasib baik dia sambung ayat dari housematenya :
Kalau kita tak kena masuk 'oven' la. Mereka dah tiba di Syurga sana. Kita disini masih tak tahu macam mana.
Ever think about that?
Memandangkan kecoh isu Boikot sekarang. Fikiran makin sebal. Apakah mereka ini menulis tanpa berfikir?
- Yang menyokong Boikot dan memboikot orang yang tak boikot
- Yang TAK menyokong boikot dan menyindir yang boikot.
McD je kutttttttt.
Yang di UK nak boikot barangan keperluan asas, Orang kat Malaysia ni, diajak boikot barangan yang kalau tak makan setahun, mungkin boleh turun 2 kg.
Adoilaaaaa. Mana letak tahap intelektual ni?
Aku tak boleh nak cakap banyak since aku belum berjaya boikot Mcd sepenuhnya. Itu pun dengan pertolongan Ain. Sejak Ain mula boikot, dah dua kali aku kantoi.
Ain mula boikot sepenuhnya selepas dengar talk dari Imam Raed. Mesejnya mudah. Beli barangan dari syarikat yang menyokong tindakan Zionis, umpama anda membeli peluru untuk membunuh anak anak dan warga Palestin.
Menggetarkan hati bukan?
Pernah satu hari, kami pergi ke Mines, super senior ajak sebab nak makan burger di Carl's JR. Super senior ni adalah seorang yang paling kuat yang aku kenali memprejuangkan Palestin dan boikot dikalangan kawan-kawan aku.
Masa lalu disebelah restoran McD di BBB, saja je aku berseloroh, "Jom makan McD" nak tengok reaksi.....
Aku tak ingat ayat dia marah macam mana, tapi aku ingat yang aku dimarah. Masa tu fikir, BERGURAU je lah. Serius mak yus nya.
Tapi fikir balik, rasanya, walaupun ayat yang sampai adalah : "Jom makan McD", tapi point yang sampai, agaknnya : Jom pergi bunuh kanak kanak Palestin
Getar tak hati?
Anyway,
Let's try k.
Mungkin kita kuat, mungkin kita kecundang. Doakan agar kita kuat.
Andai kata anda tak kuat untuk memboikot, kuatkan diri agar tak mengutuk atau menyindir yang boikot. Andai anda sudah kuat untuk memboikot, kuatkan diri sedikit lagi untuk tidak menyindir dan mengutuk yang tidak memboikot.
Dan, dari pengalaman aku, kawan kawan paling penting. Boikot aku tak kan berjaya kalau tak bersama sama Ain.
dia tak marah, dia tak sindir kalau aku bagitahu dia aku nak makan McD. cuma aku tahu dia tak setuju. Be a good friend to your friend. AJAK. jangan paksa.
No comments:
Post a Comment