Friday, May 25, 2012

Bahagia itu, bagaimana?

I currently watching King 2 Hearts drama. Mula-mula follow Rooftop Prince. Then, terlekat dengan dua dua cerita. Tapi, takpe lah. Malam ni dah last episod. So, tak de lah tiap-tiap minggu tunggu hari Jumaat. (Sebab Jumaat baru keluar yang subtitled punya)

Okey, King 2 Hearts, ada Lee Seung Gi. dengan Ha Ji Won. Main issue adalah tentang North-South Korea Reunification. Believe me, disebabkan cerita ini, aku googled history of Korean Land. Macam mana entah jadi nama negaranya Korea. Walhal, North Korea claims their land as Joseon Land. South pula, panggil DaeHan. (ke Daehan tu stand for Republic? Eh, tapi Republic of Korea jadi Daehan mingguk, kan?) Okey dah.

Konklusi yang aku dapat after youtubing few vids tentang North Korea adalah, Sebuah negara yang tertutup. The government kawal SEMUA pengaruh asing yang masuk ke negara tu. Even ada satu website tu cerita, phone line, within North Korea berbeza dengan International line. Maknanya, rakyat mereka tak boleh berhubung dengan orang luar.

Macam tertutup SANGAT, kan?

On the other hand, they got no crimes, no drugs and no gang war problem.

Mungkin sebab polisi negara yang SANGAT ketat, ataupun tiada pengaruh luar yang berjaya masuk, menjadikan rakyat mereka hidup dalam keadaan yang, err, berdisiplin?

Make me ponder. Harga untuk teknologi dan kemajuan yang kita kecapi sekarang, adalah perubahan nilai hidup. Jadi, kalau diberi pilihan, adakah kita mahu Galaxy Note, ataupun dunia yang aman, tanpa perlu bimbang perompak,penyamun,pencuri, pembuat jahat dan sebagainya. Mana satu yang kita akan pilih....?

They maybe earn less than us. But, they may be happier. Tak fikir nak kena bayar hutang, nak bayar segala kemewahan yang boleh nampak aja, bukan dapat rasa. Dan juga kehilangan budaya. dan keamanan yang kita selalu terlepas pandang. Keamanan bukan dari segi tiada peperangan. Tapi dari segi crime-free.

Mama selalu kata, aku kecil kecil dahulu comel macam orang Bosnia (ehemehemehem). Kalau ke kedai makan, pasti ada aja yang nak dukung, nak tolong jagakan. Jadi mama boleh makan dengan senang. Tapi, zaman sekarang, dah tak berani lah buat macam tu. Bahaya dimana mana. Aku ingat lagi, dulu, keluar dengan wae, mananya wae pernah kunci kereta di tempat parking. Tapi, zaman sekarang, mana boleh, kan? Dan, since pengaruh luar masuk, kita lebih 'mengagungkan' budaya luar dari budaya sendiri. Contoh senang, pakai baju kurung masuk KLCC on weekend, fuhh, kena toleh toleh beb. tak caya, cuba try.

Macam di Palestin, yang sentiasa dalam medan perang. Tapi, tak perlu nak bimbang pun beg diragut orang, atau rumah kena pecah mastuk. atau kereta kena curi.

Hence, The PRICE we have to pay.

Tiba-tiba teringat tentang negeri sendiri.


Negeri 'termiskin'. termundur. ter...err, kolot? whatever.


Tapi, aku rasa, aku lebih bahagia dengan hanya tiga Mall besar yang masih kecil untuk dibandingkan dengan Mid Valley ke, KLCC ke, One Utama ke. Tanpa kerenah, perangai dan kes jenayah dan pelbagai rencah masyarakat yang makin pelik.


Ingat kes Dirang? Bunuh, bakar budak semata mata bengang neneknya asyik menyindir. These kind of cases, buat aku takut. Apakah mentaliti masyarakat sekarang.




Jadi, Bahagia itu sebenarnya macam mana?




No comments: