Keluar pukul 9 pagi. rushing ke rumah kak cik, rumah kak long. balik ke sungai tangkak. Terus ke Maeps. Bersesak sesak pilih buku macam nak baca buku je setahun tak nak ada hobi lain, tak de tv nak tengok or video or streaming drama apa-apa. Lepas tu terus ke Bukit Mahkota Putra. Mini Reunion. Aci jumpa je kata reunion. dah entah kali ke berapa dah sejak grad. tapi first time lah untuk aku. rushing balik Bangi. Ke Williams pulak. makan makan untuk adik bongsu berdua. balik. bukak novel dan tengok Adrien Masterchef.
Hello weekend =D
first weekend.
Balik rumah hidung lari lari bersin tak henti. Timing yang sungguh tepat.
Hari ini birth day enchek monster no 10. dua minggu lepas nyne.
Bulan lepas, aku dan se7en.
Masa birthday aku, baru tiba dari Kuantan pagi tu.
Petang tu bawa mama ke KB Mall, sebab mama nak beli sepatu. Nak ke KL esoknya untuk graduasi kak long.
Waktu itu dah lewat. Lepas Asar bertolak dari rumah. Walaupun dekat je KB Mall tu dari rumah, kena la faham traffic waktu orang balik kerja ni.
Pilih-pilih. bawa mama pusing-pusing kejap. Dah lewat.
Mama: Eit puasa kan hari ni? Nak berbuka dengan apa ni?
Aku: Apa-apa pun boleh ma
Mama: Eit nak beli makanan apa-apa tak?
aku senyap. Sebab tak ada teringin nak makan apa-apa. Murtabak Hajah Halimah tak de jual di KB Mall. Masa turun tangga bergerak baru teringat ada Secret recipe.
Aku: Ma, nak beli kek lah ma.
Mama: Kat mana?
Aku: Secret. Hari ni birthday Eit. Nak makan kek
Aku sengih buat muka kerang busuk dekat mama.
Mama: eh, Eit. 22 hari bulan. Se7en.
Aku: Hari ni Eit. Lusa baru se7en.
Mama selalu tertukar tarikh birthday saku dan se7en. Tak hairan pun. se7en kan kakak. mestilah dia lahir lagi awal. cuma dia lahir satu tahu 363 hari lebih awal dari aku. 2 hari nak cukup 2 tahun genap. Hari tu aku beli kek Black Forest Cheese yang aku rasa sungguh lazat tahap aku tak faham kenapa orang lain tak suka. Balik rumah, aku bising-bising dekat se7en, aku dapat birthday cake dari mama. Tapi se7en tak teruja lansung nampak Blackforest cheese tu. Sehingga hari ni, aku tak jumpa lagi orang lain yang share passion aku terhadap Black Forest Cheese tu. Kita kena faham. Setiap manusia itu unik dan berbeza.
Kemudian aku cerita dekat se7en. Mama yang tertukar tarikh lahir antara aku dan dia. Kami gelak sama -sama.
Aku tiba-tiba rasa gembira yang mama tak ingat hari itu adalah hari dia melahirkan aku.
Sebab dia tak ingat pun yang dua puluh empat tahun lepas, dia terpaksa berkejar-kejar ke Hospital Tumpat, menanggung kesakitan sebab anak nombor lapan nak lihat dunia.
Dia tak ingat yang dua puluh empat tahun lepas dia melahirkan seorang anak yang suka buat drama. dan selalu mengigau malam malam, merengek menangis.
..yang tak nak ke sekolah PASTI selama setahun.
..yang menjerit melolong melaung buat gaya adik Malcolm dalam Malcolm in the middle yang spinning on the floor waktu nak tindik telinga. walhal waktu tu dah umur 11 tahun.
..yang dia kena temankan di wad hospital tiga kali, tiga hospital berbeza sebab tak suka minum susu.
..yang suka buat projek projek craft and needle. Lepas tu berhenti separuh jalan. Nanti dia siapkan. Macam sulam tangan untuk tudung krim convo.
dan pelbagai kerenah kerenah lain.
Tapi, dia ingat....
aku tiada si rumah untuk 2 hari sebab ke Kuantan. dan simpankan lauk-pauk yang dia masak untuk 2 hari itu. untuk aku.
Minggu lepas, dah Majlis graduasi ke lapan dia dan wae hadir. Tak termasuk dua dari Kak nik, satu dari se7en. Dah separuh Universiti dia jajak.
Moga aku cukup kuat, untuk another doctor in the house. Sekurang kurangnya untuk Master. untuk dia dan wae.
Terima Kasih Mama
Terima Kasih Mama
Terima Kasih Mama
Terima Kasih Wae.
Rabbighfirliy waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.
Amin.
Mama dirumah. Wae dirumah. Aku di Bangi.
No comments:
Post a Comment