Sunday, August 21, 2011

Ramadhan : Long entry edition

Salam Ramadhan Kareem.

Hari ini dah 20 Ramadhan. Ada lagi 10 hari je berbaki. Itu pun kalau Ramadhan tahun ni 30 hari. Kalau anak bulan muncul awal, tinggal lagi 9 hari je.

Sebulan Ramadhan ni ada di Kuantan. Nasib baik balik jugak rumah weekend hari tu, kalau tak, mesti sedih yang hari hari pasang lagu dendang perantau walaupun jarak dengan rumah cuma lah 500++ km je. Minggu depan insya Allah dah boleh balik Kelantan. For good. Bye bye Kuantan. Ada jodoh kita jumpa lagi.

Ramadhan kali ini, sehingga hari ini, dah tiga kali berbuka di padang. Ingat lagi Ramadhan tahun lepas. Beria-ia nak berbuka di padang untuk pertama kali. Sebab ingatkan itu Ramadhan terakhir di Kuantan bersama rakan-rakan. Tak tahu lah pulak yang tahun ni, Ramadhan masih disini, menjadikan ini tahun ke lapan Ramadhan di perantauan (again, bajet jauh benar bunyinya. hahaha). Kali pertama berbuka di padang tahun ni, bersama Eah dan rumies. Tiba-tiba terserempak dengan budak budak kuantan lain, so ramai-ramai makan bersama. Bertolak pukul 6.30 dari Indera Mahkota pun masih dapat park di kawasan mahkamah. Kira tak ada lah sesak sangat. Second time adalah waktu cuti umum Nuzul Quran. Memanglah bertolak lambat dari Indera Mahkota, tapi sampai sana, Ya Salaaaaam. Penuh mengalahkan ikan Sardin! Kalau yang berkereta kecil seperti Kancil, Kelisa, Viva tu, memang parking seperti lupa ingatan yang itu adalah kereta. Iyalah sekecil kecil tempat, selagi tak mengganggu lalu lintas, parking je. Akhirnya, Dapatlah jugak satu parking yang lupa daratan naik kereta. Hahah. Oh, yang kedua berbuka di Masjid dengan Echah. Naik Viva dia. Turun dari kereta, azan dah habis berkumandang. Berhenti duduk di kaki lima, makan Kurma yang Echah bawa, ambil yang sunnah. Pusing bazar, cari apa apa yang masih boleh dibeli. Semua habis. Kalau gerai yang jual nasi, penuh orang berkerumun. Jalan di bazar selepas waktu berbuka adalah terasa sangat pelik sebab asap rokok dimana-mana. -_____-''. Alast, beli murtabak, Makan Murtabak, Solat Maghrib di Masjid, kemudian ke Sara thai, Makan malam. Lepas tu kembali ke masjid untuk Isya' dan Tarawikh.

Semalam berbuka di padang lagi. Tapi semalam kira berkelah. Sebab bawa nasi putih dari bilik, beli lauk. Ada makcik belanja sayur terung dengan telur masin, sebab kami pelajar. Mereka pelajar, saya bekerja yang bakal menganggur bulan depan. Alhmadulillah. Bawa pinggan mangkuk dan sebagainya ke padang. Memang berkelah lah. Then solat Maghrib. Ingatkan nak balik bilik after Maghrib dan Isya' di masjid sekitar Indera Mahkota je. Tapi takut jalan jammed, dan tak sempat, stay je di Masjid Negeri. Sebab itu adalah malam ke-3 bersolat di masjid negeri, notice lah yang malam tu imam lain lead solat. Dalam kereta on the way balik, berborak lah tentang bacaan.

"Bacaan dia macam imam Makkah."

Alih-alih balik bilik, bukak fesbuk, nampak status pemberita tak tak formal untuk UIA dan sekitarnya ini :

Bukan macam, tapi MEMANG! Bukan imam dari Mekah, tapi Madinah. Kiranya dari Haramain juga lah. Patut ramai makmum. Lebih ramai dari malam yang sebelum sebelum tu. Alhamdulillah ada jodoh menjadi makmum nya. =D

Balik tu, godek godek fb lagi, Kak Dina poskan "Amalan-amalan nabi di 10 malam terakhir Ramadhan" oleh Abu Basyer. Point terawal dalam note ni adalah :

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.


So, malam tu terus kalut baju apa nak pakai malam ni. Iyalah, tak kan nak pakai baju kurung malam malam kan? Lepas tu, siap tanya pendapat lagi, baju ni okey ke tak. okey tak. Nak pakai yang indah indah aja. Tapi, what can we expect from night attire kan? Kemudian pakat sembur perfume!. Aku guna Enchanteur Body Mist je. Sembur olok olok asal ada bau je. Wani, boleh pulak sembur Ijah punya Anna Sui's Night of Fancy! Satu bilik bau semerbak. Akhirnya sampai ke pagi dia pening kepala sebab bau kuat sangat.

=______=''

Sepatutnya beli Minyak attar di perkarangan masjid. Bukan guna bauan kontemporari ni. hahaha

Berbuka di padang adalah menarik. Kalau ada di Kuantan di bulan Ramadhan, memang kena try. Awal-awal tu cuma rasa senang, sebab kalau berbuka diluar, di tempat lain, rush nak balik untk solat. Tapi kalau di padang, kan dah sebelah masjid. Jadi, takde kalut kalut. Kemudian semua generasi ada disini, nenek, pakcik makcik, tua muda, anak muda berdating, satu famili yang datang siap dengan periuk nasi, anak muda seperti kami, makan bersama kawan-kawan. Cuma rasanya lebih menarik jika semua orang menghormati Masjid disebelahnya, mengambil peluang berbuka puasa berdekatan, untuk menyenangkan ibadah solat. Kalau tidak bersolat dimasjid pun, hormatilah jemaah nya, Jangan ganggu mereka beribadah.

Sneak peak of the issue

Again, terima kasih kepada enchek pemberita. Rasanya, yang paling tak tahan adalah ibu bapa yang dok tengok dan guard anak anak main mercun sekitar masjid. hurm...... Kalau kanak kanak separuh ketinggian itu, apa boleh buat, masih belum memahami erti Ramadhan, Solat berjemaah, Adab Masjid dan sebagainya. Tapi ibu bapa mereka, dan juga atuk nenek itu, apa alasan?

Oh, rasa nak bercerita tentang isu kanak kanak di masjid juga.

Being bujang in Kuantan, I went to various Masjids for Isya' and Terawih. There was one night yang terasa sungguh err, how to describe it,..... geram? dengan kanak-kanak yang sedang bermain di Masjid. Kemudian terasa *PING* sebab teringat entry ni :


I was once, one of THE KID. yang main kejar kejar, sampai imam pernah announce minta kanak kanak including ME memperlahan suara. *balik rumah kena marah, kami bising sampai announcement yang imam buat guna mic tu tak dengar pun, rasanya one of my siblings ada cakap: kalau nak bising bising macam tu tak yah pergi masjid lah* Tapi Mama still bawa kitaorang ke masjid. Malam malam berikutnya memang duduk diam je lah.

So, I do agree with Nyne :

Kenapa ibu bapa suka bawa anak-anak mereka ke masjid? Terutama di bulan Ramadhan?
Tapi atas dasar selalu diheret kemasjid lah semenjak dewasa pun ingin selalu ke sana juga
Supaya masjid dekat di hati mereka.
Sebab dah biasa, Ramadhan je menjejak masjid/surau.
"Dulu, masa kecik-kecik mama selalu bawak pot pet pot pet pot pet..."
Jadi, biarlah kanak-kanak comel/comot yang menarik-narik telekung anda sewaktu sembahyang.Anggaplah ia tarbiah buat mereka, dan doakan mereka menjadi anak soleh solehah di masa hadapan.



SHAME ON ME!


Tapi, ibu bapa again perlu mengambil berat isu ini. The night I was so stressed on this issue, adalah sebab kanak kanak yang bermain main di hadapan saya itu, sedang berselipar, dengan selipar yang kawan kawan saya juga berpendapat, selipar yang digunakan ditanah. I dont mind kids playing around during solah, for they are still young. Mereka tak betul betull faham yang mana bagus, yang mana tidak. Yang mana boleh, yang mana tidak. Jadi, isu ini adalah perlu untuk ibu bapa, bukan kepada kanak kanak. Sediakan anak mereka untuk ke masjid. For this case, tinggalkan alas kaki kotor di bawah, tak payah bawa ke dewan solat. kan?

Anyone agree with me? Ataupun ada yang rasa mindset saya perlu dibetulkan disini?





Panjang


Hahah, lama tak rasa menulis entry yang panjang.




Iftar bersama Food Lover tahun lepas. Tahun ni tak dapat nak snap gambar. Ixus ada dengan Nyne yang kepoh nak buat entry 30 meals of Ramadhan. Last last upload gambar waffle je. ceh!









All piktures kredit to Poji with his bb. ^______^







Doakan saya dengan lab work saya! Saya nak balik beraya ni. uhuk uhuk uhuk

No comments: