Friday, May 28, 2010

Shall I compare thou to other day?

Salam,


Shall I compare thou to other day?



No, im not comparing anyone's beauty with summer day. Its not even Shakespeare pun. Err, partly yes, and partly edited.

Ever heard TGIF?

Thank God Its Friday. =D *big wee wee*

I love Friday. Not because next day is Saturday.

Kalau di Kelantan, Jumaat dah dikira hari pelepasan,hari cuti. Di KL dan negeri dan sewaktu dengannya pula, Jumaat still bekerja. I love to be at home on Friday.

Pernah tak tersedar cuaca biasanya indah di pagi Jumaat? or it is only my feelings? huahuahua. kalaulah minggu tu sepanjang minggu hujan berpanjangan, Jumaat matahari akan menunjukkan diri. and vice versa.

Tapi takde lah stereotype macam tu .Selalu je kalau minggu tu sepanjang hari panas, Jumaat makin makin terik jadinya.


Biasa, hari Jumaat di rumah penuh dengan suasana keluarga.


Bangun di tengah tengah pagi, makan breakfast bersama-sama. Having quality time with family. Sebelum yang lelaki bersiap-siap untuk solat Jumaat. I love the smell of minyak 'attar yang wae pakai untuk ke masjid di hari jumaat. ataupun perfume sapiq yang akan buat satu rumah berbau wangi. Kemudian pihak-pihak lelaki dah handsome dan bersedia untuk ke masjid di hari jumaat. Dan yang perempuan ke dapur, tolong mama masak untuk lunch sambil dengar tak dengar khutbah Jumaat dari TV yang mama buka, ataupun bebelan mama bila kami buka rancangan lain. dan biasanya lunch Jumaat yang mungkin sedikit special. Yang kadang-kadang makin lewat penyediaannya bila ramai adik beradik perempuan berkumpul dan bertukar cerita. Lepas tu tunggu rombongan solat Jumaat pulang to have lunch together. Dan petang bila semua bergelimpangan tidur. Dan jalan raya depan rumah yang lengang *boleh diklasifikasikan sebagai kosong* sebab awal petang semua sekadar berehat dirumah.

It just that I love Friday feelings.


Bila ke asrama form 4 dan 5, still I love friday.

Sebab hari Jumaat setengah hari je. till 12.30 *kalau tak silap sebab ingat tak ingat*. Kemudian Jumaat lah hari yang boleh outing. Ataupun balik ke rumah. Ataupun boleh bermalas malasan di dorm sebab tak ada prep petang dan malam.

Dan di Matric, sebab Jumaat biasanya tak ada kelas. *again, bermalas-malasan*


hahah




And still,


today is Friday. And Public Holiday.



Oh Friday, how I love thou!


<3


The only thing I hate about Friday is : tengok yang lelaki tak ada perasaan segan silu tunjuk yang mereka tak ke Masjid untuk Solat Jumaat. Kalau ke mall di Jumaat tengah hari, ada je lelaki tgh sama-sama window shopping walhal kewajipan mereka ketika itu adalah di masjid.




=____=!''




Nasib baik lah kedai kedai di Kelantan tu tutup 1.00-2.00 untuk Jumaat. Tu pun still ada yang ngelat. hailoh hailohh




that's all for today

till then, ja ne!



Salam

No comments: