Sunday, July 26, 2009

How to ride a bus : Part 2

mode : Kita perlu minum air sekurang-kurangnya 1 liter sehari. *fakta atau auta?*
song : Ketika Cinta Bertasbih by Melly feat Amee. KCB OST + Albi Nadak by Fares *wink wink*

Okey

How to Ride a bus if...


Kes 2

Tiket Ada, Bas takde

There was a girl. Dia perlu pulang ke Kuantan dari KL after menghabiskan masa dengan half of the family di KL. So, few days before tu, dah minta kak long belikan tiket.

So di hari kejadian, Bas pukul 12 noon. Kak long dah bimbang sebab dia kata dia orang first beli tiket trip hari tu. Sampai di stesen bas kajang, check platform 11, still kosong,kira bas tak sampai lagi lah. Lagi pun baru 11.55 kalo tak silap waktu tu.

Tiba-tiba kak long nampak orang yang jual tiket tu. So, kak long tunjuk tiket, tanya tentang bas ni.

Sekali boleh tak dia jawab


"Bas pukul 12 t/hari trip ke Kedah. Bukan Kuantan"


*faint*

terang-terang kut dekat tiket tu tulis trip ke Kuantan 12.00 t.hari. Boleh pulak dia cakap macam tu.


lagi tak boley blah, dia siap tambah lagi

"ni" sambil tunjuk dekat no plet bas di tiket tu " no plat Utara ni, bas ni gi Kedah, bukan gi Kuantan"

A.P.A.K.A.H??



Lepas tu boleh pulak dia offer tiket ke Kuantan pukul 12.00 AM.


H.A.R.A.P.A.N



pukul 12.00 dari Kajang, sampai Terminal Makmur around 4.00 AM kut.


Nasib baik dapat duit balik. So, terus naik cari tiket lain. Semua malam. Tak dapat lah. So, option seterusnya, cari tiket dekat Puduraya.


So, kak long drop gadis itu bersama kakak dan adiknya di stesen LRT sungai Besi. Disebabkan mereka berasal dari Kelantan dan trip ke pantai timur adalah di stesen Putra, mereka telah membeli tiket LRT ke stesen PUDU *maksud ayat ini adalah, disebabkan mereka jarang sekali naik bas di Puduraya, mereka tidak tahu sebenarnya untuk ke stesen bas Puduraya,mereka prlu turun di stesen PLAZA RAKYAT*

Sampai di stesen PUDU, tanya direction dekat akak 7-E baru tahu salah turun stesen. Bila nak beli tiket lain ke Plaza Rakyat, baru tersedar kertas notis yang ditampal

"ke Stesen Bas Puduraya, turun di Plaza Rakyat"


*tepuk dahi, dan, oh, rupanya bukan mereka sahaja yang terkeliru*


So, rugi app. 60 sen, dan terpaksa tunggu tren lagi.

Sampai di Puduraya, terpaksa bergelut dengan penjual tiket yang sedang sibuk mencari pelanggan. Unfortunately, tiket ke Kuantan,paling awal pun 4.30. Tak pun malam. 4.30 agak lambat lah, sebab kakak and adik gadis itu perlu pulang ke kampus mereka. Kalau mereka nak tunggu gadis itu naik bas pukul 4.30, its quite late lah for them kan. Dan gadis itu pun tak nak dok sensorang di Puduraya tu.


Again, alhamdulillah, akhirnya dapat satu tiket, trip pukul 2.30. *senyum lega* So, settlekan dengan lunch semua, pukul 2.30 naik bas. 5.30 sampai Terminal Makmur. Mun tolong ambil. Pukul 6.00 dah sampai bilik.



p/s : cabaran untuk sepagi di zoo negara. T_T

No comments: