Sunday, March 1, 2009

Satu ketika dahulu

Masa tu, aku form four.

Aku baru daftar masuk sekolah baru, Bumi waqafan. Awal-awal tu, terasa sangat susah nak hidup kat sana. Teramatlah lain dari sekolah aku sebelum tu. Semua orang pandai. Ingat lagi, sorang classmate aku time form 4. Cikgu baru ajar first chapter add math, first day. Bab fungsi. Aku still dok pening-pening. Aku tengok dia dah buat latihan untuk chapter quadratic equation, 2nd or 3rd chapter, aku tak ingat. Siap boleh cakap “senang je bab ni….” O.o <- emoticon untuk mata terbeliak

Lepas tu, result SPM keluar. Aku asyik dengar nama seorang super senior aku ni. Kira best student untuk batch form five yang baru grad lah. Dan untuk result SPM dia, dia dapat 12A1. Dasyat betul. Dahl ah tasawwur islam, subjek tambahan yang dia ambil tu dia kena belajar sendiri. Senior aku pun asyik bercerita betapa pandai nya al-akh Hanif Khan tu (lame dah aku tak dengar al-akh, al-ukht ni), kaki study, asyik-asyik jumpa dia je dekat library. Kira memang orang tak hairan pun dengan pencapaian dia untuk SPM tu, best student lah katakan….

Lepas tu, ada lah Hari Anugerah Kecemerlangan. So semua best student datang untuk terima anugerah. Ada lima orang untuk katogeri SPM kalau tak silap aku. STPM dan STAM aku tak ingat berapa orang. Salah seorang tu dialah. Lagi lima, dapat 11A1. Dan kalau tak silap lagi, masa tu PIBG sumbangkan RM100 bagi satu A. Kira sendiri lah, berapa dia dapat.

Aku sebenarnya sangat malas nak ke Majlis tu. Dahlah weekend, siap kena pakai baju batik sekolah lagi.. Duduk dalam dewan besar. Huh, tension.
Tapi, bila award giving ceremony, setiap seorang dapat plak kot, (aku tak sure) dan replica check sumbangan PIBG tu. Dan semua naik ke pentas, pimpin tangan parents mereka, dan lagu latar waktu tu, adalah Lagu untuk Ibu by Brothers. Perasaan aku… terkedu dan …..

Dan, ada seorang penerima hadiah tu, mula-mula dia pimpin ayah dia naik. Lepas tu, dia pimpin ibu dia naik pentas pulak, untuk sama-sama terima hadiah. Dan waktu dia pimpin parents dia naik tangga tu, part ni :

“Kini Ibu
Peganglah tangan ku ini
Biar ku bawa
Ibu menjelajah
hasil titik peluh mu….
Dan biar
Ku bawa ke alam ku
Hasil ukiran mu selama ini…”

Tengok mereka, pimpin tangan, langkah bersama-sama untuk terima award tu…..semangat aku nak study berkobar-kobar. Terasa tekad di hati, satu hari nanti, aku akan pimpin tangan ibu ayah aku, naik pentas sama macam diaorang jugak. Aku memang puji habis lah MMU* untuk pilihan lagu untuk hari tu. Tapi, impian aku hari tu sekadar satu mimpi….

Kenapa aku teringat balik kisah ni?

Sebab…

Khamis lepas aku ada midterm untuk subjek protein Biotech..
Masa tengah revise balik nota-nota before masuk exam hall tu, aku dengar mp3 dr handphone aku.. dan tiba-tiba keluar lagu tu

Dan

Entah lor, teringat balik perasaan aku waktu tu…

Malam ni,

Aku asyik pasang lagu ni berkali-kali…

Sebab….?

Aku ada 2 paper midterm (enzymology + philosophy of science) isnin ni…

Dan…

Aku tengah malas + takde mood nak belajar

=_=!

Haish….

Wahai mood ku, datanglah dikau…..ke ke ke



dat’s all
Till then,
Ja ne~!

Nota kaki : teringat status y!m cousin aku petang tadi : Song is what your feeling sounds like….hurm..
*MMU – Multimedia Unit

7 comments:

tusky said...

an inspiring sharing..=)
moga harapan itu masih segar
moga mimpi itu jadi realiti
percayalah..=)


p/s: aku percaya pada kamu. GAmbatte!

Tengku Atique said...

i like this entry, atiq pun tgh study jgk. goodluck cousinface! xx

p.s. you look so pretty in awah's engagement pictures :]

w 8 z said...

tiq,
sayo comey sokmo...
kekekeke :p

sarah a. said...

Nota kaki itu amat familiar dengan saya.

Inspiring entry, thanks for sharing ;)

And good luck for your midterms hoho :D

A k i said...

Dibah! Goodluck utk midterm. Haih..susahlaa..jarang jumpa awak online. Facebook tade..haih haih kalau kite rinduu cmne ntah? ;P

A k i said...

btw..hebatnye awk ingat the intricate details of the situation. Teringat kite kat sekolah lama..rindu kawan2 pulak..

w 8 z said...

Sarah,
itu memang status y!m kamu... hihihi

Qila,
hik hik hik..tu lah, , kite mmg ingat detail certain things yang kite ingat ... hurm