Tuesday, August 14, 2007

weekend yg sibuk

ahad, 5th august 07

Minggu lepas busy dgn ‘study’. Study lah sangat. Sebab ‘wajib’ punya…hehe
Kelas Management, full, 9.30-1230, sambung lagi 230 sampai 530. Jadual gitu lebih kurang. Ahad pulak full dengan group discussion. 2 lab report nak kene settlekan. Weekdays pun same. Kelas, kelas dan kelas. Free, ade discussion dan jumpe consultation. Ni kire baru start busy la. Hehehe, before free jek memanjang. Ye la, lab dah start kan…
Study? Kire okey la. Dah ade tiga quiz. Microbes, organic chem dan Maple. Kuiz Maple PALING tension! Pop quiz..nasib baik malam tu dah prepare sket sket. Tapi, still tak confident dgn jawapan. Dah la psychotic lecturer. OOoopppss..heheh..silap. Ye la, die tgk je orang pusing pusing kepala tgk jawapan sebelah. Buat tak kesah pun. Ye la, rasanya, takde sapa pun jamin ‘Im gonna get full mark for dis quiz”. Nak tulis ayat Math pun terabai, nak settlekan equation ..hohoho, walla~..-heheh aku lah itu-.
Tapi weekendnye best~! Jumaat pagi gi tgk matahari terbit kat Teluk Cempedak. Asalnya, gitu la… tapi matahari terbit tu kiterang still on the way. Wakakaka. Alah, tak kisah la kan. Sampai sana view still lawa. Subhanallah! * check out my newly born flickr =) * Dengan menggunakan hp cybershot sihin itu, try meng-capture- seberapa banyak gambar yang boleh..hehehe..Dok sana kejap, lepak lepak, tenangkan fikiran, sarapan. Men kat gigi air sket sket. Lagipun, TC pagi-pagi + weekdays, tak de orang, so sangat best la berkelah dikala itu. =). Sabtu lak, asalnya plan nak gi Kemaman, lepak tempak sihin n fams selalu gi. Makan seafood + sata. *terfikir nak kene membayar duit minyak* hohoho. Alih-alih plan kensel last minute. *terfikir berjaya meng-save- budget untuk duit minyak* hohoho… kekeke.. So, Sabtu sepanjang hari free + tido! Akaka, sambil teman Safi study untuk killer mini test 1 nya esok ( Isnin ). Ahad lak, sepatutnya ade IT division nye ntah ape ntah.., skali kensel lak, so..pagi-pagi hari gi Pasar Tani. Fuyyo! Heheh.. teman Zai survey harga barang untuk stallnya. Syok woo…tengok buah buah..ni yang terasa nak balik umah ni. Musim buah sekarang~ argh..
Dan part yang paling hilariousnye adalah…match basketball petang itu.Saya ni tak pernah men ape-ape jenis game. Kaki bangku la lebih kurang. Alih-alih jadi bidan terjun untuk team basketball lak…hahah…Kejar bola je, lari sana sini cam hape jek yada yada. Hahah..*mengetuk kepala sendiri –sengal-* Macam tak caya jek join match..hohoho. Dah la belajar rules on the spot. Yada yada~ hik hik.But it was FUN...heheh Dan start minggu ni jugak, semua dah start busy dengan i-quest. IIUM Kuantan Festival. Banyak sangat mende. Terasa nak cuba macam macam. Kalo masa free dapat la..kalo tak angan-angan je la..hohoo…Dan senior senior tgh mencari sub com disana sini. Rasanya prog tu akan jadi grand. Dengan advertisement disana sini, town lagi.. grand la tu.
Ha, btw, lupe lak. Ade café baru bukak! *gembira* heheh, sebab lagi dekat ngan blok. Tapi tak pernah try lagi kat situ. Bile ntah. Tapi, konfirm AKAN! Bile je yang entah nye.. heheh
Dan juga, ni time nak mempromote la ni. Bukak la Berita Minggu hari ni, (Ahad, 5th August ) Sajak karya rumate saya tersiar. Walaupun still blur blur dengan karya sastera sastera nih, dengan maksud tersirat ni. Cuma, happy for her, Safi si penyair muda!
Okay, got to go!

No comments: